KIY INDUKSI CAMP PART 1
Assalamualaikum and Hi!
SECOND DAY (3/3/18)
This semester is my first semester staying in Kolej Ibrahim Yaakub as last semester I stayed at Kolej Tun Hussein Onn so this camp happened to be my first activities with this college. As I knew, this camp is compulsary to first year and was held anually. The camp was held on 2nd to 4th March 2018 and took place at Hutan Pendidikan Alam, UKM.
FIRST DAY (2/3/18)
Pada hari Jumaat jam 3 petang semua peserta berkumpul di dataran KIY untuk pendaftaran serta pemberiaan tagging kem induksi. Pelajar kemudiaanya bergerak menaiki bas untuk ke tapak kem. Sesampainya semua peserta disana dan dikumpul di dataran bendera, kami diberi taklimat dan peraturan sepanjang program berlansung dan setiap dari kami diberikan kertas putih kecil. Kami kemudian bergerak ke dataran kedua dan diminta untuk membuka kertas kecil tadi. Di atas kecil tadi, nama kumpulan kami ditulis. Kami diminta mencari ahli kumpulan tanpa menggunakan suara. Kami dibahagikan kepada 10 kumpulan iaitu, Batman, Ironman, Captain America, Aquaman, Black Panther, Hulk, Thor, Wolverine, Superman dan Spiderman. Task pertama kami diberi 20 minit untuk berbincang dengan ahli kumpulan slogan dan cheers kumpulan untuk dipersembahkan pada malam tersebut. Kemudian kami berhenti rehat, membersihkan diri serta solat maghrib dan isya' berjemaah. Sesudah rehat kami berkumpul di dataran kedua untuk persembahkan slogan dan cheers masing-masing. Setiap kumpulan yang membuat persembahan akan di"condemn" oleh fasilitator. Rasional task pertama ini adalah untuk membentuk kerjasama dan komunikasi yang efektif antara ahli kumpulan kerana banyak lagi aktiviti yang dijalankan bersama. kami berhenti rehat sekitar jam 1130 malam untuk berehat dan tidur.
Kami dikejutkan dengan bunyi siren sekitar jam 2 pagi dan dikerah untuk berkumpul di dataran bendera dalam kumpulan yang telah ditetepkan semalam. Kami diberi taklimat task kedua kami iaitu Night Walk. Kami kemudian disusun secara berselang sorang lelaki dan dua orang perempuan. Kemudian mengikut giliran kami diiring masuk kedalam hutan. Di checkpoint pertama, setiap orang diberi password dan berselang 50 saat kami dilepaskan berseorangan ke dalam hutan. Sepanjang di dalam hutan kami berjalan mengikut tali merah yang diikat di pokok-pokok. Kami akan diberhentikan di beberapa checkpoint dan fasi akan bertanyakan password peserta. Sekitar 30 minit saya selesai dan berjaya keluar dari hutan dengan tenangnya. Bagi saya yang petama kali mengikuti aktviti Night Walk, saya sangat teruja dan berdebar pada waktu yang sama. Sekitar jam 6 pagi, semua peserta berjaya keluar dari hutan. Rasional task ini adalah untuk menguji keberanian diri kita serta untuk mempercayai diri sendiri ketika berada dalam situasi bahaya. Kami kemudian dibenarkan berehat dan solat subuh sebelum bersambung pada jam 7 pagi.
Jam 7 pagi semua peserta berkumpul di dataran bendera untuk slot aerobik selama setengah jam kemudian diberi makan pagi. Selesai makan, kami diminta berkumpul dalam kumpulan masing-masing untuk task ketiga. Task ketiga adalah Explorace di dalam kawasan hutan. Kesemua tujuh checkpoint mesti diselesaikan dalam masa 2 jam. Setiap checkpoint menghadirkan cabaran yang berbeza dan mencabar mental dan fizikal setiap peserta. Sekitar jam 11 tengahari, semua pasukan selesai dengan aktiviti masing-masing dan berkumpul di dataran bendera sebelum markah setiap kumpulan dikira. Markah yang diperoleh akan digunakan untuk task keempat iaitu memasak menggunakan kayu api. Setiap kumpulan membahagikan ahli kumpulan dengan tugas, menghidupkan kayu api, membeli bahan memasak, membersihkan bahan dan memasak. Bahan yang dibekalkan kepada setiap kumpulan adalah sardin, telur, sayur, minyak, bawang merah, bawang putih, cili api dan periuk. setiap kumpulan diberi temph dua jam untuk memasak menu masing-masing. Rasional aktiviti untuk melatih ahli kumpulan kerjasama dan sifat tolong-menolong antara ahli. Makanan yang kami masak kemudian menjadi juadah makan tengah hari kami setiap kumpulan. Aktiviti berakhir sekitar jam 2 petang dan kami dibenarkan berehat sehingga jam 5 petang.
Aktivit seterusnya akan disabung di KIY INDUKSI CAMP PART II.
Till the next time,
SITI KHADIJAH SAUPEE
Comments
Post a Comment