KIY INDUKSI CAMP PART II

Sambungan.

SECOND DAY (3/3/18)


Jam 5 petang semua peserta berkumpul di dataran bendera dan diberi makan petang. Kemudian kami bergerak ke dataran kedua untuk task seterusnya. Semua peserta beratur dalam kumpulan dan kemudian 2 kumpulan digabungkan menjadi satu menjadikan 5 kumpulan semuanya. Task seterusnya adalah War Game iaitu kami mesti bermalam di dalam hutan dengan diberi bekalan makanan, minuman dan bahan untuk membuat peluru. Setiap kumpulan dibenarkan membawa dua beg. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua dan hanya ketua sahaja yang boleh membawa jam dan torchlight. Setiap kumpulan diberi 2 orang fasi pengiring. Selain 5 kumpulan yang dipecahkan terdapat satu lagi kumpulan iaitu lanun. Mereka adalah antagonis di dalam game di mana nyawa mereka adalah infini dan untuk melindungi diri dari ditangkap mereka, setiap peserta mesti "down" (meniarap di atas tanah dengan dahi di atas tanah). Terdapat 3 briefcase yang mesti didapatkan untuk menjadikan kumpulan itu pemenang. Briefcase tersebut diberikan kepada kumpulan dengan markah tertinggi dan satu dirampas oleh lanun. Pada jam 6 petang kami diring ke base camp masing-masing. 

Kami membersihkan kawasan tapak kami dengan membuang daun kering dan menebas pokok. Selain beberapa bertugas untuk menghidupkan ungun api dan membuat peluru. Game bermula pada jam 8 malam. Peluru boleh digunakan untuk menyerang kumpulan lain dan merampas briefcase mereka. Task ini sangat mencabar dengan cuaca yang hujan dan suasana yang kesemuanya kepenatan. Pada jam 10-11 malam dan 2-3 pagi adalah waktu gencatan senjata dimana tiada kumpulan dan lanun dibenarkan menyerang. Keadaan paling mencabar apabila lanun menyerang base camp dimana semua peserta mesti down. Lanun akan menyelongkar barang-barang dan merampas peluru. Mereka juga akan condemn sehingga mental kita koyak. Peserta yang bangun akan ditangkap dan di "torture"  di base camp mereka. 

THIRD DAY (4/3/18)

Sekitar jam 3 pagi kesemua 5 base camp bersepakat untuk bekerjasama untuk menangkap lanun. Sekitar jam 330 pagi semua kumpulan bergerak ke tower iaitu tempat yang telah disepakat untuk berkumpul. Setelah semua ahli dipastikan ada, kami semua bergerak ke kawasan lanun. Lanun menyembunyikan diri sehingga sorang sorang menimbulkan diri dan akhirnya briefcase mereka dirampas yang menyebakan kekalahan lanun di tangan 5 base camp. Sekitar 5 pagi aktiviti ini selesai. Di dalam briefcase yang dirampas dari lanun, terdepat bendera Malaysia. Rasional task ini ialah untuk menguji ketahanan mental dan fizikal setiap peserta serrta penyatuan dan kerjasama antara 5 base camp sehingga menjadi satu kumpulan sahaja dan akhirnya meraih kemenangan. Ini adalah untuk mengimbau bagaimana nenek moyang kita dahulu kala apabila mereka mulanya dipecahkan mengikut beberapa negeri kemuadian bersatu menjadi negeri untuk melawan penjajah demi meraih kemerdekaan negera. Kami kemudian dibenarkan berehat sehingga jam 8 pagi. 

Pada jam 8 pagi semua peserta berkumpul di dataran bendera dan diberi makan pagi sebelum ke task seterusnya. Task seterusnya tidak lagi mengikut kumpulan sebelum ini dan kami hanya beratur seramai 12 orang satu kumpulan diasingkan lelaki dan perempuan. Task seterusnya ialah setiap kumpulan diberikan satu batang paip yang mesti dipegang oleh kesemua 12 orang. Dan mesti disambung setiap batang paip sebelum bola golf dibawa masuk ke dalam paip. Peraturan permainan ialah tiada peserta yang boleh bercakap kecuali ketua. Kedua, peserta tidak dibenarkan memegang 2 inci hujung batang paip. Ketiga, bola golf tidak boleh jatuh ke tanah. Terakhir, bola golf mesti dibawa di dalam batang paip mengikut trek yang disediakan sehingga kawasan kotak terkahir di mana tiada peserta boleh memasuki kawasan tersebut dan hanya batang paip saja dibenarkan untuk membolehkan bola golf dibawa masuk ke dalam cawan yang disediakan. Sekiranya terdapat peraturan yang dilanggar semua peserta mesti "down". 

Aktiviti ini sangat mencabar kerana banyak kali ketua terpaksa ditukar apabila terdapat peraturan yang dilanggar. Aktiviti mengambil masa yang sangat lama kira kira 4 jam hingga menyebabkan rata-rata peserta penat ditambah lagi dengan cuaca yang panas. Setalah banyak kali gagal dan dipaksa "down" akhirnya bola berjaya dimasukkan kira kira jam 12 tengahari. Semua peserta serta barisan fasi bersorak bersama kerana perasaan puas dan gembira yang tak dapat diucapkan dengan kata-kata selepas bertungkus lumus bersama-sama. Rasional aktiviti ini adalah untuk membentuk semua peserta menjadi satu kumpulan besar dari 10 kumpulan ke 5 base camp dan akhirnya menajdi satu kumpulan yang sama untuk menyelesaikan task yang diberi.

Task terakhir adalah game ayu piang. Satu kumpulan terdapat 10 orang ahli termasuk beberapa fasi. Terdapat suku kata yang mesti disebut setiap peserta mengikut turutan iaitu, A YU PING PONG PANG PENG SIANG TIANG PIANG NO KMPULAN. No kumpulan merujuk kepada kumpulan yang kita hendak serang. Sekiranya kumpulan tersebut gagal, mereka akan diserang dengan colour flour. Setelah kesemua kumpulan diserang, aktiviti ini ditamatkan. Sekitar jam 2 kem induksi ini telah dirasmikan penutupannya oleh Pengetua Kolej KIY. 

Kem ini diadakan agar dalam waktu 3 hari kita dapat membina pertalian persahabatan yang baru dimana kita mula mengenali kawan-kawan kita serta mencipta dn mengerat silahturahim antara setiap peserta. Kem ini juga membina jati diri pelajar dan kekuatan mental pelajar agar dapat mempersiapkan diri menghadapi cabaran di dunia reliti selepas ini. Dan sayaa sendiri sebagai peserta sangat mendukung agar kem ini tetap diteruskan dari tahun ke tahun!

Till again,
SITI KHADIJAH SAUPEE


Comments

Popular Posts