GANTUNG SERIES VS GANTUNG FIXI BOOK pt.1


Assalamualaikum and Hi, I'm not sure this gonna be a review on the series and the book or it just gonna be me hyperventilating about this current trend which is GANTUNG THE SERIES.

GANTUNG THE SERIES



Series ini berdurasi kira-kira 20 minit satu episod dengan jumlah 16 episod kesemuanya. Diadaptasi dari novel fixi popular GANTUNG nukilan Nadia Khan yang dilancarkan kira-kira dua tahun lepas.

Secara konklusinya, series ini menceritakan kisah 4 orang pelajar lelaki yang mengelar diri mereka sebagai Musketeers dan menggunakan code "not all for one, just all for one" yang menyebabkan mereka tidak boleh mempunyai steady girlfriend dan seorang perempuan mesti dikongsi bersama.

Gibran atau Gibbs adalah pelajar paling popular di SMCGT mempunyai rupas paras kacak dan kelebihan memikat wanita dengan personaliti maskulin dan "gentlemen" nya. Raymond atau Ray merupakan kawan yang paling akrab dengan Gibbs. Berpersonaliti lembut dan merupakan Presiden Kelab Teater sekolahnya. Digelar sebagai seniman kerananya perangai yang sentiasa tenang dan cool serta sentiasa puitis dengan kata-katanya. Khairil Jalaludin atau KJ merupakn prankster terkenal disekolahnya dan sentiasa mengambil upah mengerjakan pelajar lain. Berwajah kiut dan suka berfesyen ala kpop. Perangai sangat kebudakan dan sentiasa "live for fun". Dan yang terakhir Jailani atau mesra sebangai Troll, pemain basketball ahndalan sekolah dan merupakan abang besar kerana fizikalnya yang kasar, suka bergaduh dan berbadan sado. Troll hidupnya lebih mudah dan sentiasa befikir dan menjalani hidup dengan cara paling mudah.

Kehidupan mereka berempat disekolah aman sehinggalah muncul gadis psiko yang merubah segalanya. Mereka sentiasa dihimpit wanita dan merasakan kehidupan remaja mereka as gold dan bertekad untuk menjadikan tahun terakhir di sekolah sebagai tahun terbaik mereka.

Permulaan konflik bermula apabila Gibran dicalon sebagai Ketua Pelajar oleh Cikgu Lan yang menyebabkan mereka berempat tercabar kerana cikgu azlan merancang untuk merampas kebebasan mereka bersuka ria. Namun, Gibbs tewas pilihanraya tersebut kepada Farah Kamilia pelajar baharu sekolah tersebut dan Gibbs dinobatkan sebagai Timbalan Ketua Pelajar. Pada mulanya Farah mengeluarkan memo peraturan baharu yang menyekat kebebasan Musketeers yang menyebabkan kemarahan Gibran.

Namun, selepas satu kejadian teksi Farah rosak ditepi jalan dan Gibran telah menawarkan diri untuk menghantarnya pulang semuanya berubah. Waktu itu, Musketeers telah mula dihantui oleh entiti yang menakutkan dan Gibran telah diserang ketika bersama Farah yang menyebabkan Farah risau tentang keadaan Gibbs. Selepas itu, Gibran mula mencurahkan rasa hati tentang kehidupan yang dilaluinya tidaklah seindah yang disangkakan. Sifat simpati Farah menyebabkan dia mula membuka pintu hatinya untuk Gibbs.

Sekembali Gibbs ke asrama, Musketeers berkumpul untuk berbincang tentang entiti yang menganggu mereka. Ratna, roomate kepada Farah yang mepunyai hati terhadap Gibbs mula mendekati Gibran dan menyebabkan Gibran tidak selesa kerana Ratna berperilaku aneh dan memaksa.

Musketeers mula goyah apabila Troll dapat tahu KJ makan sorang yang telah melanggar Musketeers Code yang telah mereka berempat berpegang selama ini. Pergaduhan mereka menyebabkan mereka secara tidak sengaja melukakan Ms. Amy cikgu yang KJ cintai dan menyebabkan mereka dibuang sekolah.

Namun, mereka mula berbaik bila mereka sedar akan kebodohan mereka sehingga merosakan persahabatan mereka selama ini. Dengan bantuan ayah Gibran, mereka diberi peluang kedua oleh Pengetua. Disebabkan entiti yang menggangu mereka mula menganas, Gibbs mengambil keputusan untuk menyiasat perkara tersebut. Gibbs kemudianya mendapat tahu bahawa Ratna telah mengunakan ilmu hitam terhadap mereka yang menyebabkan dia marah teruk. Dia dan kawan-kawanya merancang untuk membalas perbuatan Ratna.

Pada masa yang sama entiti yang menganggu mereka berempat telah menggagu Farah dan membawa Farah melihat kejadian yang menipa dia sehingga mati dalam keadaan terseksa. Entiti tersebut telah dirogol secara beramai-ramai dan ditinggalkan berdarah disitu. Entiti itu berazam untuk menghantui sesiapa sahaaj yang menganiaya.

 KJ dan Troll telah menjemput Ratna ke bilik Gibbs dan memberitahu yang Gibran ingin bertemu dengannya. Namun, keduanya bertindak menggari dan mengikat Ratna di katil dan memotong bajunya dan mengambil gambar tidak senonohnya. Ke esokkan harinya merek telah menviral kan gambar gambar tersebut. Sepanjang hari Ratna mengurungkan dirinya.

Selepas kejadian menimpa Farah diketahuinya, Gibran kesal dengan tindakan rakanya dan rasa bersalah dengan Ratna. Selepas lama menghilangkan diri, suatu malam Gibran bertemu dengan Ratna dan Gibran telah meminta maaf dengan Ratna. Ratna memberitahu dia akan berpindah sekolah dan meminta satu date dengan Gibran sebelum itu. Gibran bersetuju.

Esoknya Gibran mengambil Ratna dan membawanya ke kafe tempat lepaknya. Ratna hanya diam sepanjang mereka berada di kafe. Tiba-tiba, Gibran menerima panggilan dari KJ yang meminta dia untuk segera pulang. KJ, Troll dan Ray ketika itu berada di auditorium dengan Ratna yang tergantung di tengah-tengah auditorium.

Berbanding buku, series lebih mudah difahami dan jalan ceritanya berplot tapi pengakhiranya tergantung sekadar memberi hint kemungkinan series kedua akan menyusul.

Post ini lebh kepada penceritaan semula series ini dalam coretan aku. InsyaAllah post seterusnya akan lebih mendalam dan lebih mengupas buku dan series Gantung yang senang hangat menjadi bualan di sosial media.



Till again,
SITI KHADIJAH SAUPEE


Comments

Popular Posts