PANGLIMA AWANG IALAH JACK SPARROW?

Assalamuailkumdan Hi semua. 

Untuk minggu saya terasa ingin berdiskusi tentang sejarah lagi. Topik ini untuk saya sangat menarik, kerana semua dari kita mengenali Captain Jack Sparrow dari Pirates of Carribbean.

Adakah Panglima Awang (Enrique of Melaka) itu Captain Jack Sparrow? 

Dan adalah Jack Sparrow itu Yussof Reis?

Siapa Panglima Awang?

Portugis jajah Melaka pada tahun 1511. Di sini titik pertemuan Ferdinand Magellan dengan seorang anak Melayu, Enrique of Malacca (Henry the Black) atau lebih dikenali di dalam sastera Melayu sebagai Panglima Awang. Catatan Antonio Pigafetta, seorang pengembara dan ilmuan berketurunan Itali, yang turut menyertai ekspedisi Magellan mengelilingi dunia ada mengatakan bahawa Enrique atau Awang, adalah pemuda yang berasal dari Pulau Sumatera. Catatan dari wasiat Magellan ada, secara tersirat menyatakan Awang berumur 18 tahun ketika di bawa pulang ke Lisbon, Portugal pada tahun 1512.

UKM telah berminat untuk mengkaji asal usul Panglima Awang atau Enrique of Melaka ini. Beberapa persoalan yang memerlukan kajian ialah :

1) Apakah mungkin Enrique telah dikristiankan oleh Ferdinand Magellan dan menjadi orang Melayu Islam pertama berjaya dimurtadkan ?

2) Dimanakah letakkan kubur Panglima Awang ini jika telah kembali ke Melaka,ke Sumatera atau kembali ke Cebu, Filipina ?

3) Mengapa nama Enrique tidak termasuk dalam senarai 18 orang yang sampai ke Serville, Sepanyol itu ?

4) Mengapa sejarawan barat masih mendakwa Ferdinand Magellan sebagai orang pertama mengelilingi dunia dan bukannnya Elcano dan 17 sahabat yang lain dan seorang hamba Melayu bernama Enrique of Melaka atau Henry the Black ?

5) Apakah benar beliau menjadi perancang untuk memerangkap dan membunuh Ferdinand Magellan di pulau Cebu, Filipina ?

Namun, soalan paling penting, Apakah benar Awang Hitam itu Jack Sparrow? Captain di dalam Pirates of the Carribbean?

Imam Suhaib Web dalam kajiannya berkata ;
Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16&17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion.

Kebetulan? 

Tidak. Saya secara peribadi, tolak dakwaan beberapa pengemar Jack Sparrow Yang Cuba mengaitkan bahawa beliau adalah Awang Hitam. Kerana? Kerangka Masa Awang Hitam dibawah ke Sepanyol adalah jauh lebih awal daripada dokumentasi British Yang disimpan. Ada juga pendapat mengatakan bahawa Jack Sparrow itu Melayu. 

Katanya, terdapat lebih 300 dokumen Yang disimpan Di British Yang merujuk kepada lanun Yang telah mengganas pada zaman dahulu adalah Melayu Yang diketuai Jack. Namun, sekali lagi, secara peribadi, saya tolak. 

Kerana, 
Dalam beberapa catatan, tidak ada satu pun Nama Jack Sparrow disebut. Walaupun beberapa Kali perkataan "Malay" dirujuk bagi menjelaskan bangsa lanun tersebut. 

Antaranya adalah dlm catatan the Hull Pucket, 4/2/1804.Jika Ada Nama Yang disebut pun adalah Captain John Davie. Namun, catatan sejarah tidak mempunyai sebarang rekod asli tentang lelaki tersebut. Terdapat beberapa cakap2 Yang boleh disangkal, namun boleh juga diketengahkan untuk pembuktian. 

1. Adakah benar Awang Hitam manusia pertama keliling dunia? 
2. Benarkah regiment Malay Navy itu adalah lanun yang paling ditakuti British? 
3. Wujudkan Jack Sparrow?
4. Jack Sparrow itu Kristian? Atau benar Islam? 

Tetapi, secara peribadi, Jack Sparrow itu bukan Awang Hitam. Sekali Gus, bukan Melayu. Tetapi, mungkin benar beliau, pernah sampai ke Singapura seperti Yang difilemkan.


Sekian, salam


Comments

Popular Posts