HIATUS BOOK REVIEW
BOOK REVIEW
Hiatus by Budak Tomato/ Amir Talhah
Assalamualaikum and hi readers.
Before i keep going with reviewing the book, this post gonna contain some spoilers okay! Grab the book if you havent!!! And also need to stress down that this book is my first book from the writer so i might misinterpret his intention in any way might be.
SINOPSIS DI COVER BUKU
Hidup ini perjalanan yang akhirnya bukan pada mati.
Buku ini baris baris tulisan pada kamu,
Tetapi setiap baris baris ini ibarat garis garis luka torehan
pada lengan dan peha aku.
Buku ini mungkin sekadar cerita menagih simpati
pada hematmu.
Tapi buku ini luahan jiwa gersang yang memerlukan cinta
pada aku.
Yang kamu pegang ini lebih dariapda sebuah buku.
Ini sebahagian daripada jiwa aku.
Ini luka aku.
Ini kecewa aku.
Ini ubat penenang aku.
Ini cinta aku
Ini cinta aku
Ini air mata aku.
Dan ini, realiti aku.
Ini mungkin, fiksyen kamu.
Tapi bukan, pada aku
REVIEW
So the writer claimed this story in this book is him as persona and non-fiction.
At first, aku nak puji keberanian penulis menulis buku latar cerita berdasarkan hidup sendiri. Macam autobiografi tapi versi cerpen ala fiksyen. Tapi perbezaan dari rata-rata biografi dekat rak kedai buku biografi ini membawa kita menyusuri sisi gelap penulis.
Sini saya kenalkan kepada Amir Talhah penghidup watak utama kisah ini. Di awal pengenalan cerita, beliau merupakan anak orang kaya sedang berada di tahun akhir jurusan kedoktoran di sebuah universiti di luar negara dan merupakan hafiz al-quran. Jika kita dengar orangnya hafiz, di benak fikiran kita, oh mesti orangnya baik. Tapi tidak. Talhah celaru dengan hidup dan jalan yang dipilihnya. Kadang beliau merupakan penulis buku berceritakan kehebatan kuasa Tuhan dan berceramah motivasi namun di kadang lain beliau merupakan peminum arak, penzina dan hidup dalam gelombang maksiat.
Kasihan dan sedih itu rasa saya sebagai pembaca. Dimana silapnya sehingga pemuda ini terkandas di jalan berbeza dari realiti kebiasaan seorang hafiz.
Watak dalam buku tidaklah ramai, hanya sekitar kawan-kawan dan keluarga serta beberapa orang gadis yang memberi coreta berbeza dalam hidup Talhah. Sebelum saya tersimpang jauh, setiap helaian yang saya selak saya merasakan niat penulis untuk membawa kesedaran dan membuat pembaca merasakan apa yang beliau lalui itu realiti. Amir Talhah selain berperang dengan maksiat beliau juga berperang dengan kesihatan mental beliau. Membuat percubaan bunuh diri sejak di umur remaja namun terselamat merupakan permulaan kisah sakit dan hitam yang tersorak pada kaca mata banyak pihak. Torehan dan luka di paha kerana sakit yang dialami lebih kuat dari luka luka dan darah yang mengalir keluar.
Di saat segalanya sukar buat beliau, Allah seakan menghadirkan seorang bidadari apabila beliau ditemukan dengan Dr. Raudhatul Hifza. Raudhah hadir seakan membawa cahaya untuk Talhah bangkit dan mula mencari erti hidup. Namun tidaklah semudah itu, Tasnim dan Nia dua gadis lain seakan menambah haru biru dalam hidup Talhah. Di saat semuanya mula terlihat reda, pengakhiran yang ditunggu hilang.
Pengakhiran buku cerita ini tiada. Seakan cukup kita tahu ini bukan fiksyen, selagi wataknya bernyawa cerita ini masih belum berakhir.
Plotnya berterabur. Barangkali kerna ini kisah hidup seseorang bukanlah watak yang direka dan dicantikkan agar pembaca menesuri pembacaan dengan tenang.
Setiap helaian meninggalkan cerita sehingga aku sebagai pembaca merenung hidup yang aku selepas selesai pembacaan. Sadis dan sakit.
Adalah recommended untuk sesuatu yang berbeza.
Untuk Amir Talhah, aku sebagai pembaca kisah hidup engkau mendoakan yang terbaik. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.
Sekian,
SITI KHADIJAH SAUPEE

Terima kasih atas review buku Hiatus! Dapatkan buku-buku terbaru kak Iman di imanshoppe.com
ReplyDelete