BLACK PANTHER MOVIE RANTS

SO YEAH SIAPA MARVEL FANS OVER PUT YOUR HANDS UP PLEASE!!!!

*proudly angkat tangan over here

So basically I'm huge fan of Marvel Cinematic Universe works. I WATCHED ALMOST ALL FILMS!! Dan yang paling dinantikan tentunya AVENGERS: INFINITY WARS yang akan release April nanti. 

Dan untuk menyempurnakan Team Avengers, Marvel released the last movie before Infinity Wars which was Black Panther. Sebagai movie pengenalan kepada karekter Black Panther, in my honest opinion, MARVEL JUST DID A GREAT JOB. No bias, I really meant it. Tak percaya masih belum terlambat untuk anda ke panggung wayang berdekatan rumah anda!!



Tahun lepas, THOR RAGNAROK dikeluarkan around Oktober dan menjadi antara filem terbaik Marvel pada pendapat saya. ACTION SCENE AND HUMOUR ARE JUST BEYOND GREAT. It perfectly made.

And as we came down to Black Panther, I AM HUGELY IMPRESS. Rasa macam nak bangun dan bagi stading ovation bila dah habis movie. This time, Marvel agak berlainan kerana filemnya mengankat budaya dan martabat warga kulit hitam. Isu budaya dan sensitviti kaum mereka disentuh serba sedikit sebagai rencah disepanjang perjalanan cerita. 

Permulaan cerita dimulakan dengan sambungan selepas Captain America: Civil War dimana King T'Chaka ayah kepada T'Challa mangkat dan T'Challa akan naik taktha sebagai pemerintah baharu. Negara mereka di mata rakyat dunia adalah negara termiskin dengan teknologi dan ilmu pengetahuan ditahap yang rendah. Namun, sebaliknya, Wakanda negera yang tersorok dari mata rakyat dunia adalah negara dengan teknologi tercanggih dan ilmu pengetahuan jauh maju kehadapan. Namun kekal tersorok dari pengetahuan semua kerana pemerintahan raja-raja sebelumnya yang membuat pendekatan tidak berkongsi sumber mereka iaitu Vibranium dengan negara luar kerana berjaga-jaga dengan musuh yang ingin merampas dan menghancurkan negera mereka.

Konflik bermula apabila selain T'Chala terdapat seorang lagi waris yang layak terhadapa tahkta kerajaan Wakanda iatu Erik Killmonger. Berbeza dengan T'Challa, Killmonger ingin menakluk dunia dan menggunakan seluruh sumber negara Wakanda untuk menjadikan rakyat kulit hitam dihormati dan tidak lagi ditindas meskipun menggunakan cara yang agresif dan menggugat humanti.

Secara keselurannya, Black Panther membawa kita melihat ke satu perspektif yang baharu dimana, tidak seperti yang kita disogok sejak kecil, rakyat kulit hitam sentiasa dihadapan. Juga menyentuh sensitiviti penidasan dan diskriminasi yang diterima rakyat kulit hitam sejak kurun berabad lagi.

Dan menurut teori peminat, Wakanda akan menjadi negara yang berperanan besar dalam peperangan dalam Infinty Wars April nanti. Jadi sama-sama kita nantikan.

Apa-apa pun saya yakin karya seterusnya tidak menghampakan namun saya mengharapkan sesuatu yang lebih dari Marvel.

Till the next time,
SITI KHADIJAH SAUPEE

BLACK PANTHER TRAILER

Comments

Popular Posts