SELF RANT
SO THIS POST BASICALLY GONNA BE SELF-NOTE
First of all, Assalamualaikum and Hi!
I think we all knew these. But let me remind you.
SITI KHADIJAH SAUPEE
First of all, Assalamualaikum and Hi!
I think we all knew these. But let me remind you.
Setiap hari kita akan lebih tua. Umur kita akan sehari, seminit dan sesaat lebih tua di saat kita melangkah bersedia ke kelas. Dan seharusnya kita lebih matang dalam fikiran dan tindakan. Kalau semalam kita nampak sampah kat sebelah kita ignore, hari ni mungkin kita kutip dan buang. Jikalau semalam kita lupa ucap terima kasih dekat makcik kafe hari ini, kita senyum dan ucapakan terima kasih.
Semua ini sememangkan "basic unwritten attidude" yang kadang kita alpa dan terlepas pandang. Kita hanya manusia biasa tetapi kalau ada usaha InsyaAllah, yang Atas akan bantu.
Kadang bila kita inginkan sesuatu dan kita akan berusaha sekerasnya dan meletakkan pengharapkan yang tinggi. Dan apabila kesudahannya tidak seperti yang diharapkan kita kecewa dan sedih. Tetapi sesungghnya Allah dan tetap yang terbaik untuk kita. Mungkin bukan hari ini atau esok kita akan nampak, tetapi rancangan Allah itu hebat. For once and always, letak pengharapan kau pada Dia.
"It may be you dream a star, but Allah wrote a moon for you instead."
Dan juga apabila kita bermalas-malasan untuk kelas dan merungut penat belajar, ingat kembali saat anda doa dan meratap meminta peluang untuk ke universiti, pelung untuk mencoret senyum bangga di wajah kedua ibu ayah.
Ketika juga, kau mula persoalkan aturan Tuhan, ingat kembali hari, tahun dan saat yang lepas ketika Tuhan yang kau persoalkan telah bersama menguatkan kau untuk melalui hari buruk itu. Pandang ke hadapan itu perlu, tapi toleh juga kebelakang agar kau tak lupa untuk bersyukur untuk nafas tika ini.
Akhir juga, jika diberi peluang berbuat kebaikan hari ini, jangan lepaskan. Ia akan membuat hari kau jauh lebih baik, InsyaAllah.
"Everyone you meet is fighting a battle you know nothing about. Be kind. Always."
Spread the love everywhere you go. Let no one ever come to you without leaving happier. Till next time.
SITI KHADIJAH SAUPEE
Comments
Post a Comment