SHORT ESCAPE CNY

Alhamduliah, saya baru memulakan semester baharu minggu lepas. Permulaannya agak mencabar dan tidak berjalan seperti dirancang. Tapi alhamduliah selepas beberapa hari sini, saya pulang bercuti di kampung sempena Tahun Baru Cina dan dapat berehat dari masalah untuk seketika.

Unplanned well, saya dan keluarga bertolak ke Terengganu pagi Jumaat yang lepas. Our first stop was, Kemaman Mini Zoo and Recreation Park. Kami sampai agak awal dan pekarangan zoo masih lenggang. 

We spent almost two hours there visited almost all animals there. Meskipun beberapa haiwan sudah biasa kami tengok, ada beberapa tetap menarik dan  menyeronokkan. 

Sebelum check in ke "home-hotel" kami, kami berhenti untuk berehat di Pantai Mok Nik. Sejujurnya, saya sangat sukakan pantai dan meskipun kami hanya berhenti untuk mengambil angin, saya tetap menikmatinya, 

Kami check in ke homestay yang kami tempah malam sebelumnya. Alhamdulilah masih terdapat kekosongan walaupun rata-rata homestay lain sudah penuh ditempah. Rumah kami sangat besar dan cantik dan sangat affordable dengan harga yang kami bayar.

Petang hari, kami ke kawasan rekreasi Pantai Kuala Kertih untuk makan petang. Kawasan sekitar pantai dipenuhi bot nelayan dan kami berhenti untuk makan di Restoran Nelayan. Kawasan sekitar juga agak sibuk dengan penduduk sekitar dan pelancong yang datang bersiar dan juga membeli belah di pasar malam di situ.

Keesokkan harinya, kami bergerak ke Dungun, perhentian pertama di Rantau Abang. Ramai pelancong membanjiri kawasan pantai. Pantai Rantau Abang terkenal kerana menjadi tempat penyu bertelur pada musimnya. Namun begitu, pantai ini sendirinya cukup indah meskipun kami tidak datang pada musimnya.

Sebelum bergerak balik ke Kuantan, kami singgah di pantai terakhir iaitu, Pantai Teluk Bidara. pantai ni juga sangat cantik dan indah. tersedia beberapa pondok untuk pelancong yang datang untuk berehat. jalan ke pantai agak mencabar kerana berbukit dan jauh ke dalam kawasan kampung. But it worth it. The beach itself was captiviting.

Setelah berehat dan makan tengahari, kami bergerak balik. Percutian ini agak pendek dan tidak dirancang dengan baik tapi Alahmdulilah kami sekeluarga menikmati setiap saat dan tempat yang dikunjungi. Untuk saya yang sentiasa jauh dari keluarga, masa bersama mereka amatlah saya hargai.
                                                                                                     













Comments

Popular Posts