HANDLING STRESS AMONG UNI STUDENT

As we all know, stress among universities student getting worse by day.

Setiap hari, kita sebagai student berdepan dengan pelbagai masalah dan ujian. Masalah kewangan, pembelajaran, kawan-kawan dan persekitaran. Walaupun sekuat mana seorang pelajar tu, akan ada satu saat dia akan terduduk letih.

Bila letih kita sebagai manusia biasa kadang tak dapat terlepas dari mainan perasaan sendiri. Ha yelah kita mula terlalu fikirkan kesalahan dan ketidakadillah segala perkara. Namun sebagai seorang mahasiswa seharusnya kita perlu pintar mengawal emosi dan mengambil pendekatan untuk mengawal tekanan yang diterima dari sekeliling kita.

Sebenarnya sejak di bangku sekolah lagi pihak kaunseling sering mendedahkan cara pengawalan stress yang terbaik namun barangkali kita terlepas pandang dan terlupa.

Dan pada pendapat saya sendiri yang sering mengalami tekanan sehingga kadang-kadang menggangu kesihatan sendiri saya menemui cara terbaik untuk mengawal tekanan yang saya sering terima. Iaitu dengan cara berbahagia. Setiap individu mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza yang boleh membuat dia tersenyum bahagia dan melupakan segala masalah dan tekanan.

Pada saya pula, berbahagia tidaklah sukar. Aktivit seperti food hunting, skincare and makeup shopping, book reading, movie date dan segala macam lagi sudah mampu mebuat saya lupa pada masalah.

Namun pendekatan yang paling efektif untuk saya adalah dengan memelihara kucing. Meskipun pada awalnya saya bukan lah  peminat kucing namun selepas banyak menghabiskan masa saya dengan kucing waktu cuti selepas tamat program matrikulasi, saya mula timbul rasa sayang dan tenang apabila dekat dengan kucing.

Perkara kecil seperti membelai bulu kcing, memberi mereka makan dan melihat mereka sudah mampu menenangkan segala gundah dan gelisah di hati saya. Dan buat waktu ini,saya mempunyai 7 ekor kucing dan seekor sedang bunting dan akan melahirkan tak lama lagi.

Sejak menyambung ijazah dan berada jauh dari keluarga sering membuatkan saya merindukan mereka. Apa pun saya doakan setiap dari kita dapat berbahagia dengan cara masing-masing.

Tekanan itu normal dan perlu dihadapi dengan tenang. Senyum dan nikmati hari ni.

Sekian,
SITI KHADIJAH SAUPEE












Comments

Popular Posts