KISAH DARI NEGARA MATAHARI TERBIT
Assalamualaikum dan Hi semua.
Minggu ini saya terasa untuk berkongsi kisah sedih yang saya baru-baru ini. Harap kita semua juga dapat mengambil iktibar dari kisah ini.
Realiti menyedihkan masyarakat Jepun.
Pada tahun 2000, mayat seorang lelaki berusia 69 tahun hanya dijumpai 3 tahun selepas kematiannya. Tiada siapa sedar akn kematiannya kerana dia tinggal seorang diri. Kematian begini dipanggil kodokushi (孤独死) atau kematian yg sepi. Kodokushi ialah fenomena di mana seseorang itu meninggal dunia seorang diri dan tidak disedari buat masa yg panjang.
Ia merupakan masalah yg semakin meningkat dlm masyarakat Jepun sekarang. Setiap tahun, lebih kurang 30 ribu daripada 1.25 juta kematian di Jepun melibatkan kodokushi. Di Jepun, ramai orang yang tinggal seorang diri kerana kematian pasangan atau kerana memang tidak berkahwin. Jadi bila mereka meningkat tua, mereka tiada pasangan atau anak2 untuk dihubungi, maka mereka menghabiskan sisa2 hidup seorang diri tanpa peneman.
Ciri2 org yg sering dikaitkan dengan kodokushi:
- lelaki pertengahan usia yg tak pandai buat kerja rumah
- org yg mengasingkan diri kerana x pandai bersosial
- persekitaran hidup yg tak baik (penyakit atau kewangan)
Lelaki jepun yang ketika muda menumpukan kerja di syarikat, mereka tidak pandai buat kerja rumah seperti memasak, bersihkan rumah etc. Bila mereka hidup seorang diri, tiada lagi org yang menjaga makan minum mereka, dan mereka tiada tempat bergantung jika ada masalah. Lelaki jepun yang tidak pandai berinteraksi dengan masyarakat juga lebih ramai dari wanita. Jadi bila mereka telah bersara, mereka kurang libatkan diri dgn aktiviti masyarakat dan lebih selesa mengasingkan diri dlm rumah. Jadi bila berlaku kematian, tiada siapa yg sedar.
Sedih bila bayangkan kita hidup menghitung hari kematian, tapi dalam masa yang sama tiada tempat untuk dijadikan teman berbicara. Cuma mampu berpesan pd jiran "kalau tingkap rumah aku tak terbuka esok, maksudnya aku dah mati".
Itu adalah realiti bagi ramai orang berusia di Jepun.
sumber:
https://ti.me/2KDx9gD
https://bit.ly/2ItVvNa
https://nyti.ms/2zFhHvr
Sekian, sama sama kita ambil iktibar.

Comments
Post a Comment