MIMPI NGERI INDONESIA

Assalamualaikum dan Hi,

Untuk minggu ni saya kongsikan satu coretan kes yang pernah menggemparkan Indonesia satu tika dahulu.

"Mangsa ditanam sehingga paras pinggang sebelum dijerut sehingga mati. Kemudian air liur mangsa diminum sebelum dibiarkan mereput sebelum ditanam di ladang tebu"

Ahmad Suradji, mimpi ngeri Indonesia

30 April 1997, Medan, Utara Sumatera - Ahmad Suradjib ditahan bagi bantu siasatan atas penemuan mayat seorang gadis di ladang tebu berhampiran rumahnya. Mangsa yg tidak berpakaian ditemui tertanam sehingga paras pinggang. Mayat gadis malang berusia 21 tahun itu  dijumpai seorang lelaki yg berada di ladang tersebut pada 27 April 1997, kira-kira 3 hari selepas gadis tersebut ke rumah Suradji atau dikenali sebagai Datuk, seorang bomoh handalan tempatan bagi tujuan peribadi.

Mengikut keterangan saksi (pemilik beca berusia 14 tahun), gadis tersebut yang dikenali sebagai Dewi telah pergi ke rumah Suradji dengan menaiki sebuah beca pada 24 April 1997. Dewi meminta kehadirannya ke rumah Suradji dirahsiakan dan tidak perlu dijemput semula. Selepas penemuan mayat Dewi, pemilik beca tadi, Andreas memberi keterangan kepada pihak polis yg dia ada membonceng dan menurunkan Dewi di rumah Suradji beberapa sebelum itu. 

Pihak polis kemudiannya bergegas ke rumah Suradji bagi tujuan siasatan.Suradji menafikan penglibatannya dalam kes pembunuhan tersebut. Penafian demi penafian sehinggalah pihak polis berjaya menemui beg tangan, kosmetik dan beberapa lagi barang peribadi yg berhubung kait dengan mangsa tersebut. Kali ini Suradji terperangkap dalam jenayahnya sendiri. Pihak polis tidak berdepan masalah dalam menyelesaikan kes ini kerana Suradji sendiri memberikan kerjasama dengan membuat oengakuan bahawa dialah yg telah menanam, menjerut kemudian membiarkan mayat Dewi mereput di ladang tebu tersebut. 

Namun ada lagi pendedahan yg mengejutkan. Suradji mengakui bahawa bukan Dewi sahaja mangsanya namun lebih dari 40 orang gadis yg dibunuh dan ditanam dengan modus operandi yg sama. Mangsa bukan sahaja gadis sunti, juga melibatkan isteri orang. Mangsa-mangsa adalah seawal usia 17 sehingga 40 tahun. Jenayah pertama bermula pada tahun 1986 dan sehinggalah Dewi mangsa terakhirnya pada tahun 1997. Dalam tempoh 11 tahun, selepas usaha mengesan mayat-mayat yg lain, terdapat 42 mangsa kesemuanya. Ada yg sudah sgt mereput sehingga sukar dikenalpasti.

Suradji tidak ditahan seorang diri. Pengembala lembu itu ditahan bersama-sama tiga lagi isterinya yang ketiga-tiganya merupakan adik-beradik ! Kesemua mereka ditahan atas kesalahan membantu pembunuhan dan menanam mayat mangsa. Dalam keterangannya, Suradji memberitahu mahkamah bahawa dia telah bermimpi toh ayahnya sekitar tahun 1986. Dalam mimpi tersebut, ayahnya telah meninggalkan pesanan buatnya untuk menjadi seorang pengamal sihir yg hebat, haruslah mengikut syarat yg ditetapkan.

Syaratnya adalah untuk minum air liur gadis seramai 70 orang bagi memastikan dia dapat menjadi bomoh handalan yg mampu menyembuhkan bermacam jenis penyakit. Suradji mengambil mimpi tersebut sebagai amanah yg perlu dilaksanakan.

Apabila ditanya adakah dia diarahkan untuk membunuh mangsa-mangsanya dalam mimpi, Suradji maklumkan tiada. Membunuh adalah usahanya sendiri bagi mempercepatkan proses. Namun begitu, ada cara unik dan tersendiri bagi Suradji untuk membunuh mangsa-mangsanya. Mangsa akan 'dibingungkan' dahulu sebelum lubang digali di ladang tebu tersebut. Kemudian mangsa diminta masuk ke dalam lubang tersebut sebelum ditimbus semula sehingga paras pinggang. Kedudukan badan dan kepala mangsa mestilah menghadap rumah Suradji.

Mangsa kemudiannya dijanjikan penyatuan dan pengabdian diri kepada dewa sebelum dijerut dengan kabel sehingga mati. Cara jerutan dipilih demi memudahkan tugas Suradji minum air liur mangsa yg lidahnya terjelir ketika dijerut. Air liur yg keluar akan segera diminum ketika menjerut. Selepas itu mayat mangsa akan dibiarkan selama beberapa hari dalam keadaan tidak berpakaian. Apabila sudah hampir reput, barulah ditanam, juga dihadapkan mayat kepada rumahnya bagi memberi lebih kuasa menurutnya.

Dalam keterangan saksi di mahkamah, seorang saksi berusia 8 tahun telah beri keterangan bahawa dia bersama-sama ibunya ke rumah Suradji kerana ibunya ingin dapatkan rawatan. Namun kanak-kanak tersebut diminta pulang sendiri oleh Suradji kerana ibunya perlu bermalam di situ. Selepas dibicarakan dan ke semua bahan bukti dikemukakan dan kesemuanya sangat kuat, maka pada 10 Julai 2008, Ahmad Suradji dijatuhkan hukuman mati. Ahmad Suradji ditembak sehingga mati (hukuman mati Indonesia). Berakhirlah tragedi pembunuhan bersiri Ahmad Suradji.

Sekian terima kasih atas pembacaan nya. 

Comments

Popular Posts