MOVIE RECOMMENDATION: DILAN 1990
Assalamualaikum and Hi semua.
Untuk entri minggu ini saya akan rekomen kan satu movie yang saya tonton lebih kurang beberapa minggu yang lalu. Secara pengenalan ringkas, movie ini yang berjudul Dilan 1990 adalah adaptasi daripada novel karya Pidi Baiq dan berbahasa Indonesia. Dibarisi pelakon muda dan baru untuk menghidupkan kisah cinta anak muda zaman dahulu.
Pada mulanya, saya agak skeptikal untuk menonton movie ini kerana cerita bergenre cinta bukanlah cerita yang biasa saya tonton. Namun setelah membaca review dan reaksi ramai yang menonton terasa terpanggil untuk juga mengahabiskan kira satu jam setengah untuk menghabiskan movie ini.
Seperti tajuknya, cerita ini berlatarkan kota Bandung pada 1990 yang digambarkan sebagai masih tidak tercemar dengan pembangunan dan kesesakan lalu lintas. Milea, watak utamanya baru berpindah di salah satu sekolah di kota itu dan ketika ini di ditemukan dengan seorang jejeka yang pada awalnya mengenalkan diri sebagai Sang Peramal.
Milea pada awalnya hairan dan pelik dengan kehadiran lelaki kerana disifatkan sebagai berbeza dengan lelaki lain yang pernah cuba mendekati dirinya sebelum ini. Dengan ramalan jejaka itu, mereka ditemukan di dalam beberapa situasi yang menghadirkan bibit romantis di antara mereka.
Jejaka itu bernama Dilan, seorang pelajar nakal dan merupakan ahli geng motor kawasan Bandung pada tika itu. Setelah mengetahui hal itu, Milea agak berhati hati berkawan dengan nya namun Dilan seakan magnet yang sentiasa akan mampu untuk menarik Milea dekat denganya.
Dilan mendekati Milea dengan cara yang sangat berserdahana namun mampu membuat Milea terasa teristimewa. Milea yang pada awalnya mempuayai kekasih di Jakarta namun atas satu kejadian telah putus dan mengakibatkan Milea sangat sedih dan terpukul kerana telah di panggil pelacur oleh bekas kekasihnya.
Dilan pada hari lahir Milea hanya memberikan Buku Teka Teki Silang yang telah diisi semunya dan mengirim nota kacil yang berbunyi:
Meskipun tidak mahal, namun keikhlasan hati Dilan sangat lah menghiburkan Milea. Dilan digambarkan sebagai seorang lelaki yang kelakar dan berbual dengan nya mampu membuat sesiapa pun senang. Meskipun anak nakal dan sering berbuang masalah, Dilan adalah pelajar pintar di kelasnya. Selain itu juga, Dilan sering menghantar coklat kepada Milea melalui ramai orang termasuklah tukang penghantar surat khabar, jirannya dan lain nya. Tindakan Dilan ini serdahana namun membuat Milea terasa seperti Dilan mengajak seluruh dunia bersama merai percintaan mereka.
Untuk konflik dan cerita penuh, jangan lupa nontan. Janji tidak akan menghampakan.
Oh juga boleh dapatkan novel Dilan: Dia adalah Dilanku 1990 karya Pidi Baiq . Novel dan cerita ini adalah berdasarkan kisah benar percintaan dua pasangan iaitu Milea dan Dilan sekitar tahun 1990.
Salam bertemu lagi.

Comments
Post a Comment