MOVIE REVIEW: AVENGERS: INFINITY WAR
Assalamualikum dan Hi semua.
Walaupun agak terlambat tapi ingin juga kongsikan review dan padangan saya terhadap filem pecah penggung Infinity War ini.
Honestly speaking, I still can't get a hold of myself after watching this movie. Absolutely nerve-wrecking and heart-wrenching.
Walaupun agak terlambat tapi ingin juga kongsikan review dan padangan saya terhadap filem pecah penggung Infinity War ini.
Honestly speaking, I still can't get a hold of myself after watching this movie. Absolutely nerve-wrecking and heart-wrenching.
Sudah 10 tahun berlalu sejak kali pertama Marvel Studios (MS) mengeluarkan filem aksi adiwira pada 2008. Pertama MS memperkenalkan “Iron Man”, satu genre baru yang memperkenalkan adiwira dalam set yang lebih santai. Kemudian, datang yang lebih berat, “The Incredible Hulk”, sebelum pengenalan “The Avengers” (2012) yang membuat penonton makin tertarik dengan cara MS mempersembahkan MCU. Semenjak itu, filem demi filem diberikan sentuhan meningkat dan penambaikan.
Mengambil tempat selepas insiden di “Thor: Ragnarok” (2017), A:IW sebenarnya lebih menjurus kepada kisah Thanos (antogonis) berbanding kisah Avengers. Lampu sorot lebih banyak diberikan kepada pemain antagonis ini. Plot cerita berkisarkan tentang perjalanan dia mengumpul kesemua enam batu keramat yang dipanggil ‘Infinity Stone’ bagi menguasai dunia.
Hasrat Thanos untuk melupuskan separuh daripada populasi tamadun yang terdapat di planet-planet berlainan di MCU bagi menyelamatkan ketamadunan itu daripada pupus. Motif Thanos sedikit keliru, namun ia relevan. Apalagi fungsi antogonis kalau tidak perlakukan-perlakuan yang bercelaru dan bertentangan dengan norma serta logik yang tidak masuk akal, bukan?
KLIMAKS AVENGERS INFINITY WAR TERLETAK PADA BABAK PERTEMPURAN, PERTEMBUNGAN ADIWIRA-ADIWIRA YANG PELBAGAI, KEMATIAN MEREKA YANG TAK TERDUGA DAN PERSEMBAHAN SKRIP YANG SANTAI DAN BERSAHAJA.
Lucu dan santai, humor memainkan peranan yang agak besar dalam A:IW. Lawak-lawak digarapkan dengan sempurna ketika kombinasi adiwira bertemu buat kali pertama antara satu sama lain. Misalnya babak Thor bertemu Rocket dari Guardian of the Galaxy atau apabila Spiderman bertemu Doctor Strange.
Lawak diselitkan dengan seimbang. Namun jangan cepat terpedaya, filem saga ini lebih berunsur gelap berbanding filem-filem keluaran MS sebelum ini. Seperti filem keluaran DC (yang lebih berat dan serius), bezanya A:IW punya humor. Ia filem kelakar tapi tetap mendebarkan.
Satu usaha untuk terus kekal relevan, adik beradik Russo (pengarah) bertungkus-lumus bagi memastikan filem ini tidak bosan. A:IW terasa seperti menonton filem-filem awal Star Wars (sebelum diambil alih Disney dan menukarkannya menjadi salah satu filem budaya pop paling bosan pernah dihasilkan) dengan sentuhan idea “The Lord of The Rings” dan penamat filem epik dan tergantung seperti “Harry Potter”.
Namun A:IW tidak lari dari kesilapan. Kesalahan-kesalahan kecil seperti kemunculan adiwira-adiwira yang tidak perlu dan terlalu banyak, sehinggakan terasa seperti mereka hanya membuat semak. Memang mengujakan melihat adiwira-adiwira ini tetapi mereka tidak disampaikan dengan baik. Ia sedikit sebanyak merosakkan jalan cerita.
Bagi yang pertama kali menonton atau tidak familiar dengan filem keluaran MS, saya nasihatkan supaya kamu menonton siap-siap terlebih dahulu filem-filem solo adiwira-adiwira yang membuat kemunculan di A:IW ini. Ia agak mengelirukan jika kamu tidak mengenali watak dan jalan cerita setiap daripada mereka.
Avengers: Infinity War, keseluruhannya adalah filem pecah panggung yang layak kamu tonton di pawagam. Ia mempunyai tiga elemen dalam satu yakni kelakar, mendebarkan dan akhirnya berjaya memainkan emosi sedih penonton.
JADI JIKA BELUM TONTON JANGAN LUPA DI PAWAGAN BERHAMPIRAN ANDA!
Sekian, salam.
Comments
Post a Comment