REKOMEN FILEM: A QUIET PLACE
Assalamualikum dan Hi semua, jumpa lagi kita.
Untuk kaliini agak berbeza, entri ini bukanlah review filem tetapi asbab-asbab yang menyebabkan filem ini adalah antara filem terbaik dan wajib ditonton!
Ayuh leggo!
1. Genre yang jarang mendapat pujian
Bukan senang untuk sebuah filem horror-thriller menawan hati penonton dan pengkritik filem, tapi A Quiet Place berjaya memperbaharui dan merevolusikan genre ini dengan sesuatu yang unik dan menaikkan taruhan daripada filem Don’t Breathe.
2. Bahasa isyarat
Kalau Black Panther representasi orang berkulit gelap, A Quiet Place pula satu representasi komuniti berkelainan upaya. Pelakon Millicent Simmons pekak sejak bayi akibat overdose ubat. Untuk filem ni, pelakon2 & kru pun turut sama mempelajari bahasa isyarat.
3. Emily Blunt
Emily Blunt dari dulu lagi crush aku. Dari filem The Adjustment Bureau ke Looper ke Edge of Tomorrow aku cukup terpegun dengan kecantikannya dan lakonannya. Selalunya memainkan peranan wanita bad-ass tapi kali ni lain sikit. She’s awesome at both.
4. John Krasinski
Real-life and movie husband kepada Emily Blunt. That’s why chemistry diorang dalam movie ni padu. John juga merupakan pengarah filem ni, dan bagi aku for a first-timer, he did amazingly well. Filem ni dapat disiapkan dalam hanya 36 hari!
5. A suspenseful & emotional masterpiece
Kanak-kanak di sebelah anda pasti tak akan termakan popcornnya, bunyi pembalut coklat pasti tidak kedengaran, dan bunyi bernafas anda sendiri pun secara automatik akan diperlahankan akibat babak-babak suspens dan emosi filem ni.
Kat sini yang main peranan adalah sound. Dalam dunia post-apocaplyptic ni senyap-sunyi je. Sound equals danger. Di mana bunyi ada, kita sendiri akan rasa berdebar sebab kita tahu the threat is right around the corner. Dalam filem yang menggerunkan ni pun masih mampu diselitkan babak emosional. Simple tapi berkesan sungguh. Even the whole idea is a simple but effective formula in horror film-making. Cuma kalau hall korang bingai buat bising gelak2, akan spoil movie experience korang la.
So ni reasons aku kenapa movie ni best. Mungkin reason korg lain. Ada orang mungkin tak suka sebab tak banyak dialog, sebab awal2, slow, sebab endingnya tergantung (bagi aku kita boleh imagine sendiri apa jadi, so takde la tergantung).
All in all aku puas hati dengan movie ni.
Satu point penting yang aku lupa nak tambah (selain filem ni memartabatkan komuniti OKU dan wanita), adalah post-apocalyptic parenthood. Filem ni sebenarnya nak paparkan pengorbanan ibu bapa dalam detik-detik kesusahan. Kalau anda seorang ibu atau bapa, tontonlah filem ni.
Sekian, salam.
Comments
Post a Comment